Berita

Raikan ‘Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ Dengan Kibarkan Jalur Gemilang

PUTRAJAYA – Menjelang tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos ini, warga tempatan diseru untuk sama-sama menceriakan Putrajaya dengan kibaran ‘Jalur Gemilang’ di samping menghayati tema kemerdekaan kali ke 57 ini iaitu ‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Tema tersebut sangat signifikan dengan semangat patriotik dan melahirkan semangat kecintaan negara di dalam hati semua rakyat apatah lagi dengan pelbagaai dugaan yang melanda negara maka tentunya perpaduan dan kesatuan dalam masyarakat amat penting.