Rencana

Aidilfitri Di Sana Sini

Putrajaya – Indahnya kemeriahan Aidilfitri apabila diraikan dalam suasana kekeluargaan dan rumah terbuka. Ini direalitikan melalui majlis jamuan hari raya Persatuan Penduduk Blok E Fasa 2 Presint 9, KRT dan Cawangan Bunga Iris pada Sabtu, 16 Ogos 2014. Turut serta mengadakan majlis pada hari tersebut ialah Persatuan Penduduk Blok B dan Cawangan Bunga Sakura dan Jalan 14/7 Presint 14 Putrajaya, Majlis rumah terbuka Hari raya Aidilfitri Umno Caw Bunga Raya dan KRT jalan P9B dan P 9D Presint 9 serta majlis jamuan hari raya diperkarangan Pasar Presint 8.

Kemudiannya pada hari Ahad, 17 Ogos 2014 pula Majlis Silaturrahim KRT Fasa 8 Presint 9 dengan Kerjasama Cawangan Bunga Santalia telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Senator Dato’ Khairudin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, AJK Bahagian, Pegawai Perpaduan dan komuniti setempat.

Semoga dengan lancarnya majlis yang diadakan hubungan yang terjalin dalam masyarakat dapat dipereratkan.
11

12

14

15

16

17

19

20

21

22