Berita

Salam Lebaran, Syukuri Rahmat Dari-Nya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Putrajaya dan mengajak warga tempatan untuk bersama-sama mensyukuri rahmat yang telah dilimpahi-Nya.

Katanya, dalam keadaan kita umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri sewajarnya ia disambut secara bersederhana sebagaimana warga Malaysia yang berduka berdekan pelbagai musibah khususnya kehilangan pesawat MH370 dan tragedy MH17.

“Kita sebagai warga Malaysia sama-sama merasa prihatin terhadap apa-apa yang berlaku dan sesungguhnya pelbagai musibah ini telah menyatukan kita sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada mana-mana penduduk yang bakal pulang ke kampong halaman agar dapat memastikan keselamatan di rumah yang bakal ditinggalkan selain mengutamakan keselamatan dalam pemanduan.