Aktiviti & Komuniti

Persediaan Semaikan Semangat Patriotisme Menjelang Hari Kemerdekaan

PUTRAJAYA – Sebagai persediaan bagi menyambut hari kemerdekaan ke-57 tahun yang bakal menerapkan sejarah perjuangan negara sejak awal lagi di kalangan generasi muda, satu menyuarat membabitkan Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah-Sekolah Putrajaya telah diadakan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh SUSK Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Rahimi Rejab yang menyampaikan amanat dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengadakan aktiviti yang dapat mendidik anak-anak muda supaya lebih mengenali sejarah kemerdekaan. Antara cadangan yang boleh diadakan ialah pertandingan menghias kelas sempena bulan kemerdekaan yang dalam masa yang sama akan dapat menerapkan ilmu dan pelajaran berkaitan sejarah kemerdekaan negara.

01

02