Berita

Tragedi MH17: Takziah Kepada Keluarga Mangsa, Rakyat Malaysia Bersatu Hadapi Dugaan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang disahkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

“Marilah kita ucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedy ini dan sama-sama berdoa agar kita kita bersama-sama mereka diberikan kekuatan untuk berdepan dengan dugaan ini,” katanya.

Jelas beliau, sebagai warga Malaysia yang amat prihatin tentunya tragedy terbabit memberi kesan yang amat besar bukan sahaja kepada mereka yang terlibat tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Marilah kita bersatu hati dan bersama-sama berdiri teguh dibelakang kerajaan dengan memberi sokongan terhadap musibah yang menimpa pesawat MH17.”

Pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal telah terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 petang (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

MAS menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.