Berita

Maidatul Rahman Terus Meriah Untuk Semua

PUTRAJAYA – Konsep berbuka puasa beramai-ramai secara terbuka yang berlangsung dengan nama Maidatul Rahman terus bersemarak dan berlangsung meriah dengan kehadiran para penduduk tempatan dan orang ramai. Sememangnya,program yang dicetuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menghidupkan suasana bulan Ramadan dengan permuafakatan dalammasyarakat jelas terserlah. Program ini bukan hanya dapat melahirkan rasa insaf dan rendah diri atas apa yang ada di sekeliling kita tetapi juga mewujudkan rasa sukur atas nikmat yang ada dalam kehidupan.

Kebersamaan dalam satu keluarga besar, berkongsi juadah yang ada dan saling bekerjasama dalam memastikan program tersebut berlangsung dengan jayanya adalah antara nilaimurni yang terserlah dalam Maidatul Rahman 2014 ini. Program yang berlangsung sejak 1 Ramadan di medan selera Presint 8 ini terus mengalu-alukan kedatangan para pengunjung Putrajaya untuk berbuka puasa bersama-sama. Semoga nilai-nilai murni yang terjalin akan berterusan dan dapat melahirkan masyarakat yang memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

10356694_706126169422668_5335265761920525022_n

10492244_706125852756033_6875533589591500459_n

10547648_706125939422691_3367959629671406050_n