Berita

Semai Muafakat Berteraskan Keharmonian Bersama

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki meraikan warga tempatan dalam majlis penyampaian hadiah Hari Lahir pengundi di Cawangan Bunga Daisy dan Bunga Jasmine.

Dalam majlis tersebut, Tengku Adnan melahirkan penghargaan kepada masyarakat keseluruhan yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan dan bersama-sama menyemai sikap muhibah dalam masyarakat.

Majlis yang berlangsung meriah ini diadakan di perkarangan Blok 1B Cawangan Bunga Daisy dan Bunga Jasmine Presint 9 pada 21 April 2014.

Seramai 90 orang diraikan dengan turut dimeriahkan oleh para penduduk tempatan.
123

124

126

127

128

129

131

132

133

134