Berita

Pererat Silaturrahim, Saling Menghargai Kunci Persefahaman

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak masyarakat untuk menyemai sifat saling menghargai antara satu sama lain dalam usaha mempereratkan silaturrahim sebagai satu keluarga besar.

Beliau berkata demikian selepas memeriahkan majlis penyampaian hadiah hari lahir pengundi untuk Cawangan Bunga Cengkih dan Bunga Kemuning di Presint 18 yang berlangsung di Dewan Serbaguna P18R13, Presint 18 pada 16 April 2014.

Dalam majlis tersebut, beliau juga berterima kasih kepada para penduduk yang sudi hadir untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Seramai 130 orang warga tempatan diraikan dalam majlis sambutan hari jadi yang sememangnya menjadi sebahagian acara penting untuk Parlimen Putrajaya.

“Saya berharap dengan adanya program ini, ikatan antara penduduk akan bertambah erat dan hubungan dengan pihak atasan juga tidak akan terbatas kerana antara pemimpin dan rakyat saling memberi sokongan dan saling menghargai.”

Beliau turut mendoakan agar mereka yang meraikan hari lahir akan dikurniakan kesejahteraan dan diberikan keberkatan dalam kehidupan seharian.
img123

img234

img342

img432

img453

img456

img457

img657

img765