Berita

Syiar Islam Terus Diperteguh, Surau Al-Falah Manifestasi Kesungguhan

PUTRAJAYA – Kesungguhan kerajaan dalam menegakkan syiar Islam tidak pernah padam malah terus bersemarak sebagaiman majlis perasmian Surau Al-Falah Fasa 3 dan 4 Presint 9, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Surau Al-Falah sebelum ini melalui proses pembinaan semula untuk membesarkan ruang solat supaya dapat menampung jemaah yang semakin meningkat. Keprihatinan pemimpin tempatan dalam memastikan keselesaan rakyat terserlah dengan kelancaran perancangan yang dibuat.

Sebelum itu, Tengku Adnan yang ditemani isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah yang kemudian diikuti dengan bacaan surah Yassin serta turut mendoakan misi pencarian pesawat MAS MH370 berjalan lancar.

Semoga usaha murni bagi memastikan kesinambungan perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta terus dirahmati-Nya.

IMG_6684

IMG_6698

IMG_6706

IMG_6708

IMG_6762

IMG_6772

IMG_6774

IMG_6775